Pages

Trend Semasa

Abang aku yang doktor pakar tue cakap, "ibu bapa kaya atau yang berduit lebih sedikit, sudah mula ajar anak-anak untuk jadi kaya raya dengan menjadi seorang doktor tapi tak tahan dengan tekanan kerja". Sebab tu, mana-mana aku pergi atau terdengar cerita, aku memang dah tak hairan sangat. Dulu, memang aku akui sangat pelik sebab saudara aku mulakan hal ni dulu. Ibu bapa berduit yang sudah biasa ajar anak-anak daripada kecil hidup senang dengan kemewahan, akan mengalami masalah kawalan terhadap pengurusan kewangan mereka sendiri apabila sudah dewasa kelak.

Perkara diatas memang aku perhatikan sendiri dikalangan saudara mara ku. Kekadang aku rasa pelik, bila mereka bilang tak cukup duit. Bayangkanlah rumah diubahsuai hampir RM80,000.00 hasil daripada duit pencen. Aku kalau bab-bab macam ni, aku terbayangkan kos perbelanjaan untuk utilies rumah itu sahaja. Kereta hampir RM200,000.00 gara-gara nak mengelakkan cukai.Minyak mingguan dan penyelenggaran kereta tak kira lagi.

Sekarang sudah menjadi trend mahasiswa untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. PHD zaman sekarang dah berlambak di pasaran, cuma kualiti tidak dapat dikenalpasti lagi.Samada boleh buat kerja atau tidak, itu bahagian yang membezakan semua individu. Teringat dahulu, seorang lecturer akaun aku, seorang Dr yang baru sahaja mendapat PHD dari univerisiti luar negara. Bila masuk bab mengajar, memang hancur dengan penulisan bahasa inggeris yang sangat lemah. Beliau tidak dapat membezakan, bunyi perkataan dan ejaan bahasa inggeris yang hampir sama. Siap boleh tanya student lagi ketika menulis di dewan kuliah. Pelik pula aku tengok, perkara-perkara macam inilah yang banyak membuatkan aku berfikir hal kepelikkan dunia. Ada kisah lagi, pengetua sekolah abang aku yang bergelar Dr hanya pandai membuat penyelidikan tetapi kurang mahir mentadbir pengurusan sekolah. Macam mana pula tu?. Bagaimana para cikgu nak jatuh hormat pada pengetua.

Kisah diatas aku lanjutkan dengan kisah aku berkenalan dengan sorang lelaki yang kononnya ingin berkahwin denganku. Masih belajar di universiti luar negara didalam bidang farmasi. Berumur 28 tahun. Istimewanya dia anak orang kaya. Masih lagi tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Kos hidup, semuanya ditanggung oleh ibu bapa. Kadang-kala, kakaknya yang sudah berkahwin akan mengirim duit secara bulanan, bajet sebagai motivasi untuk belajar. Serius, aku tak boleh blah. Macam mana kau nak kawen dengan aku tapi mak bapak sponsor segala-galanya. Macam mana kau nak belajar berdikari dengan segala tanggung jawab selepas kawen nanti. Aku mengharapkan lelaki yang boleh berdiri diatas kaki sendiri dan sedar diri dengan kekurangan dan sanggup bersusah payah untuk memajukan diri sendiri. Aku mencari lelaki yang begini. Alam perkahwinan bukan senang, ramai yang bercerai berai kerana masalah kewangan. Duit banyak tidak pandai nak urus, apantah lagi duit yang sememangnya sedikit.

Aku hormat mereka-mereka yang datang daripada keluarga sederhana yang sanggup menempuhi kepayahan dan pandai mengawal tekanan hidup serta mahir membuat keputusan sendiri seperti seorang kenalan yang aku kenal, Hana namanya.

Apa kata hati?


Bohonglah, kalau aku kata aku tak suka pada seseorang buat masa ini. Aku tak boleh langsung nak tenung mata dia setiap kali kami berbicara. Malu sangat-sangat. Masalahnya dia pun sama juga. Bajet dia control tak malu, Nampak sangat terserlah lakonannya.

Apasal erk?. Aku sendiri tak perasan bila pula, aku tersuka pada dia. Entah apa, keistimewaan kat diri dia tue pun aku tak tau. Oh, faham  sebab dia kelakar. Aku suka lelaki kelakar dan aku suka ketawa. Yes, aku nampak dia akan berusaha untuk membuat aku ketawa. Dan, dia juga suka cari pasal dengan aku. Suka mengutuk aku depan orang ramai. Suka ajuk cara aku bercakap. Suka buat aku marah macam orang gila. Yang kekadang membuatkan aku naik meluat. Itulah sebabnya kot.

Tapikan, aku takut kalau dia tue jodoh aku sampai mati. Aku pun tak faham kenapa Tuhan selalu ketemukan aku dengan lelaki sepisis macam ni. Maksud aku bad boy. Tak boleh ke, kalau dapat macam Ustaz Don ke, Ustaz Azhar ke, Ustaz Zaharuddin ke, Ustaz Emran Ahmad ke, Kapten Hafiz Firdaus ke, Ustaz Pahrol Mohd Juoi ke, Ustaz Hasrizal ke, Ustaz Smackdown a.ka. Ustaz Nazim ke. Kalau tak bahagia hidup aku.

Tapi, aku lebih suka macam Ustaz Don, sebab Ustaz Don ni stylo lebih kurang macam aku juga. Aku sekarang sudah meninggalkan alam skema. Semua kena rock.

Kekadang, melihat dengan mata hati. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Tak semestinya, kita berjodoh dengan orang 'baik-baik' ni, terjamin masuk syurga. Nak masuk syurga kena usaha bersungguh-sungguh didunia. Mana yang halal dan mana yang haram wajib diketahui. Kalau tidak main langgar sahaja.

Mungkin juga, Tuhan nak uji tahap keimanan aku ni. Ye la, aku ni bajet macam Ustazah memilih, ye ustazah memilih sebab tue tak kawen-kawen sampai sekarang. Mungkin Tuhan mahu aku bantu bakal imam ku. Penat pula rasanya nak membantu orang lain. Sigh.

Bila tengok Ashraff Muslim daripada insan yang lagho boleh berubah kepada insan yang lebih baik. Itu membuktikan fitrah insan itu menyukai kebaikan. Ye, aku percaya pada kenyataan itu.

Kalau benar si dia itu jodoh ku. Insha allah, aku terima dengan hati yang redho. Bajet redho sangat.

Serius, aku rindu dengan dia sebab sudah lama kami tidak bertemu. Sebab dia berjaya buat jantung aku berdegup kencang. Wek!

Cegah Jerawat : Tomato campur carrot merah campur air.

Aku ada masalah jerawat. Tapi takdelah teruk sangat ketika remaja dulu. Sekarang ni, dah pandai cantik-cantikkan muka dengan set pencuci muka, yang boleh tahan harganya sebagai seorang yang sudah bekerja.

Memandangkan, aku tidak berminat untuk menelan apa-apa pil atau vitamin demi menjaga wajah daripada diserang jerawat w/pun penah mencubanya selama sebulan. Ternyata hasilnya amat mengkagumkan aku sendiri. Tetapi, untuk jangka masa lama, akan mempercepatkan lagi berlakunya kerosakan buah pinggang tanpa disedari oleh empunya diri. Bukan menidakkan takdir Tuhan, tetapi lebih elok untuk beringat-ingat sebelum terkena.

Kebetulan, aku berkawan dengan pegawai pemakanan yang konon-konon katanya sangat-sangat menjaga pemakanan. Telah, memberi cadangan untuk aku menggunakan bahan-bahan asli yang tinggi lycopene seperti tomata. Lycopene terletak pada bahagian kulit tomata yang berwarna kemerah-merahan. Juga terdapat pada cili merah dan juga betik.

Dengan berbekalkan modal yang sedikit, hanya RM2.50 sahaja, 5 biji tomata berjaya dibeli dipasaraya. Aku memulakan misi awal dengan memakan tomata cherry 10 biji setiap hari sebagai 'ubat'. Alhamdulliah, 5 biji jerawat yang sedang masak ranum diatas muka ku beransur surut, gara-gara mencuba produk makanan yang dijual oleh kawanku yang apabila ditanya, apa kebaikannya tidak dapat dijawab dengan yakin sekali daripada pandangan mata kasarku. Ya, aku meragui jawapan kawan aku itu.

Selama sebulan, aku dapat merasai perubahan pada wajahku hasil memakan tomata. Untuk, menambahkan lagi vitamin didalam badan ku ini. Ya, aku terlupa untuk memberitahu bahawasanya aku kekurangan banyak vitamin didalam badan ku ini. Alhamdulillah, aku berjaya menjumpai jawapannya pada tomato dan juga carrot merah yang baru sahaja menjadi 'ubat' sampingan selain daripada tomato.

Bagaimana agaknya cara aku memakan tomato dan carrot merah?. Aku menjadikannya sebagai jus. Terasa manis-manis serta masam sedikit. Dimakan sekali dengan serat-serat, hasil diblender sehingga halus. Mual?. Mula-mula ya, sekarang alah bisa tegal biasa. :)


Macam nilah bentuknya. Tomato campur carrot merah campur sedikit air.

Aku tidak mencampurkan dengan apa-apa perisa seperti gula atau susu. Rasa sangat semulajadi.

Mahu mencuba. Silakan.

Sebaik-baik kesihatan datangnya daripada Tuhan. :)

Cara menukar template blogspot versi baru

 











1. Pastikan anda berada dibahagian ini terlebih dahulu dengan menekan perkataan Blogger dibahagian atas sebelah kiri.



2. Dibahagian yang sama juga, sila cari simbol anak panah ke bawah atau Menu Option. Scroll down kebawah hingga terjumpa perkataan template. Click pada perkataan template tersebut.



3. Sehingga keluar bahagian template ini. Kemudian cari, perkataan Backup / Restore disebelah kanan. Click pada perkataan tersebut.




4. Akhirnya, bahagian Upload akan keluar. Sila browse untuk mencari template yang sudah anda download terlebih dahulu. Pastikan fail yang anda mahu upload didalam bentuk xml.
Apabila sudah berjaya diupload. Sila view untuk melihat hasilnya.


Selamat Mencuba :)

Ragam Orang Kaya

Bersandarkan pengalaman hidup yang tak berapa nak luas ni. Aku terjumpa dengan gaya kerja individu yang dulunya tak kaya tetapi berdasarkan luck, kabel, kemahiran yang tinggi dan usaha yang tidak putus-putus akhirnya kaya raya dan bergelar jutawan dengan sekelip mata, yang tak boleh blah anak depa pula yang terlebih berlagak sedangkan mesin fax pun tak pandai nak guna. Puih!!.

Bolehlah kiranya, aku kategorikan kepada 2 bahagian. Kenapa dua bahagian sahaja sebabnya ini sahaja kategori yang benar-benar berlaku didepan mata aku dan aku mengalaminya sendiri.

  • Isteri pandai berniaga, suami goyang kaki dan anak-anak tak educated. Hutang berjuta-juta
  • Suami pandai berniaga, isteri ahli lelap dan anak-anak educated. Hutang berjuta-juta

Ko tau tak apa pandangan para pekerja apabila berhadapan dengan situasi diatas.

HILANG RASA HORMAT.

Selalunya, yang pandai goyang kaki dan ahli lelap ni. Sebenarnya tak pandai buat kerja, cuma pandai bercakap dan mengutuk cara kerja orang lain. Orang macam ni, tak paham cara kerja. Apa yang betul dan apa yang salah. Tang salah pekerja dia nampak, tapi bila masuk bab salah sendiri pandai pula mengaku dan bajet merendah diri dengan kelemahan diri sendiri. Jangan mudah tertipu, orang-orang macam ni memang pandai bersandiwara. Kita angguk ajelah.

Aku sebenarnya, tak kisah kalau depa ni mengutuk cara kerja orang lain. Tapi dengan satu syarat, depa pun kena pandai buat kerja juga.

Kekadang, masyarakat luar bukan main hormat dengan orang yang goyang kaki dan ahli lelap ni. Bajet kagum lah. Tapi, para pekerja sendiri tak hormat bos nak buat apa. Bayangkanlah, depa sendiri pun tak pandai nak buat keputusan sendiri apabila melibatkan hal ehwal syarikat. Hatta, nak signed surat atas nama sendiri pun bukan main takut. Balik-balik staff sendiri, yang kena signed bagi mewakili bos. Ye la, kalau ada apa-apa yang terjadi, maka yang menandatangani surat tersebutlah bakal bertanggungjawab didalam segala masalah.

Tapi, aku cukup hormat pada pasangan suami dan isteri yang kaya raya dengan usaha bersama-sama. Suami isteri pandai buat keputusan mengenai syarikat. Anak-anak pandai hormat pekerja sendiri dan pandai buat kerja.

Akuilah, semua manusia ada kelemahan diri sendiri. Tapi, membenarkan kelemahan berterusan tanpa melakukan apa-apa perubahan terhadap diri sendiri, amatlah memalukan. Sadis.