Abang aku yang doktor pakar tue cakap, "ibu bapa kaya atau yang berduit lebih sedikit, sudah mula ajar anak-anak untuk jadi kaya raya dengan menjadi seorang doktor tapi tak tahan dengan tekanan kerja". Sebab tu, mana-mana aku pergi atau terdengar cerita, aku memang dah tak hairan sangat. Dulu, memang aku akui sangat pelik sebab saudara aku mulakan hal ni dulu. Ibu bapa berduit yang sudah biasa ajar anak-anak daripada kecil hidup senang dengan kemewahan, akan mengalami masalah kawalan terhadap pengurusan kewangan mereka sendiri apabila sudah dewasa kelak.
Perkara diatas memang aku perhatikan sendiri dikalangan saudara mara ku. Kekadang aku rasa pelik, bila mereka bilang tak cukup duit. Bayangkanlah rumah diubahsuai hampir RM80,000.00 hasil daripada duit pencen. Aku kalau bab-bab macam ni, aku terbayangkan kos perbelanjaan untuk utilies rumah itu sahaja. Kereta hampir RM200,000.00 gara-gara nak mengelakkan cukai.Minyak mingguan dan penyelenggaran kereta tak kira lagi.
Sekarang sudah menjadi trend mahasiswa untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. PHD zaman sekarang dah berlambak di pasaran, cuma kualiti tidak dapat dikenalpasti lagi.Samada boleh buat kerja atau tidak, itu bahagian yang membezakan semua individu. Teringat dahulu, seorang lecturer akaun aku, seorang Dr yang baru sahaja mendapat PHD dari univerisiti luar negara. Bila masuk bab mengajar, memang hancur dengan penulisan bahasa inggeris yang sangat lemah. Beliau tidak dapat membezakan, bunyi perkataan dan ejaan bahasa inggeris yang hampir sama. Siap boleh tanya student lagi ketika menulis di dewan kuliah. Pelik pula aku tengok, perkara-perkara macam inilah yang banyak membuatkan aku berfikir hal kepelikkan dunia. Ada kisah lagi, pengetua sekolah abang aku yang bergelar Dr hanya pandai membuat penyelidikan tetapi kurang mahir mentadbir pengurusan sekolah. Macam mana pula tu?. Bagaimana para cikgu nak jatuh hormat pada pengetua.
Kisah diatas aku lanjutkan dengan kisah aku berkenalan dengan sorang lelaki yang kononnya ingin berkahwin denganku. Masih belajar di universiti luar negara didalam bidang farmasi. Berumur 28 tahun. Istimewanya dia anak orang kaya. Masih lagi tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Kos hidup, semuanya ditanggung oleh ibu bapa. Kadang-kala, kakaknya yang sudah berkahwin akan mengirim duit secara bulanan, bajet sebagai motivasi untuk belajar. Serius, aku tak boleh blah. Macam mana kau nak kawen dengan aku tapi mak bapak sponsor segala-galanya. Macam mana kau nak belajar berdikari dengan segala tanggung jawab selepas kawen nanti. Aku mengharapkan lelaki yang boleh berdiri diatas kaki sendiri dan sedar diri dengan kekurangan dan sanggup bersusah payah untuk memajukan diri sendiri. Aku mencari lelaki yang begini. Alam perkahwinan bukan senang, ramai yang bercerai berai kerana masalah kewangan. Duit banyak tidak pandai nak urus, apantah lagi duit yang sememangnya sedikit.
Aku hormat mereka-mereka yang datang daripada keluarga sederhana yang sanggup menempuhi kepayahan dan pandai mengawal tekanan hidup serta mahir membuat keputusan sendiri seperti seorang kenalan yang aku kenal, Hana namanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ahli lembaga pengarah:
Post a Comment