Bohonglah, kalau aku kata aku tak suka pada seseorang buat
masa ini. Aku tak boleh langsung nak tenung mata dia setiap kali kami
berbicara. Malu sangat-sangat. Masalahnya dia pun sama juga. Bajet dia control
tak malu, Nampak sangat terserlah lakonannya.
Apasal erk?. Aku sendiri tak perasan bila pula, aku tersuka
pada dia. Entah apa, keistimewaan kat diri dia tue pun aku tak tau. Oh,
faham sebab dia kelakar. Aku suka lelaki
kelakar dan aku suka ketawa. Yes, aku nampak dia akan berusaha untuk membuat
aku ketawa. Dan, dia juga suka cari pasal dengan aku. Suka mengutuk aku depan
orang ramai. Suka ajuk cara aku bercakap. Suka buat aku marah macam orang gila.
Yang kekadang membuatkan aku naik meluat. Itulah sebabnya kot.
Tapikan, aku takut kalau dia tue jodoh aku sampai mati. Aku
pun tak faham kenapa Tuhan selalu ketemukan aku dengan lelaki sepisis macam ni.
Maksud aku bad boy. Tak boleh ke, kalau dapat macam Ustaz Don ke, Ustaz Azhar
ke, Ustaz Zaharuddin ke, Ustaz Emran Ahmad ke, Kapten Hafiz Firdaus ke, Ustaz
Pahrol Mohd Juoi ke, Ustaz Hasrizal ke, Ustaz Smackdown a.ka. Ustaz Nazim ke.
Kalau tak bahagia hidup aku.
Tapi, aku lebih suka macam Ustaz Don, sebab Ustaz Don ni
stylo lebih kurang macam aku juga. Aku sekarang sudah meninggalkan alam skema.
Semua kena rock.
Kekadang, melihat dengan mata hati. Mungkin ada hikmah yang
tersembunyi. Tak semestinya, kita berjodoh dengan orang 'baik-baik' ni, terjamin masuk syurga. Nak masuk syurga kena usaha bersungguh-sungguh didunia. Mana yang halal dan mana yang haram wajib diketahui. Kalau tidak main langgar sahaja.
Mungkin juga, Tuhan nak uji tahap keimanan aku ni. Ye la, aku ni bajet macam Ustazah memilih, ye ustazah memilih sebab tue tak kawen-kawen sampai sekarang. Mungkin Tuhan mahu aku bantu bakal imam ku. Penat pula rasanya nak membantu orang lain. Sigh.
Bila tengok Ashraff Muslim daripada insan yang lagho boleh berubah kepada insan yang lebih baik. Itu membuktikan fitrah insan itu menyukai kebaikan. Ye, aku percaya pada kenyataan itu.
Kalau benar si dia itu jodoh ku. Insha allah, aku terima dengan hati yang redho. Bajet redho sangat.
Serius, aku rindu dengan dia sebab sudah lama kami tidak bertemu. Sebab dia berjaya buat jantung aku berdegup kencang. Wek!
0 ahli lembaga pengarah:
Post a Comment